Saturday, October 18, 2014

MUSIM CINTA PANDORA !!!!

SESIAPA YANG BERMINAT ATAU SEBARANG URUSAN PERTANYAAN PEMBELIAN SECARA TUNAI BOLEH BERHUBUNG PM / WHATSAPP
017-5978729
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

RANTAI TANGAN PANDORA 1 ♡♡♡
SAIZ : BOLEH ADJUST (17CM - 19CM)
BERAT : 7.02GM

RANTAI TANGAN PANDORA 2 ♡♡♡
SAIZ : BOLEH ADJUST (17.5CM - 19.5CM)
BERAT : 6.94GM

RANTAI TANGAN PANDORA 3 ♡♡♡
SAIZ : BOLEH ADJUST (17CM - 19CM)
BERAT : 6.81GM

RANTAI TANGAN PANDORA 4 ♡♡♡
SAIZ : BOLEH ADJUST (17CM - 19CM)
BERAT : 6.96GM

RANTAI TANGAN PANDORA 5 ♡♡♡
SAIZ : BOLEH ADJUST (17CM - 19CM)
BERAT : 6.78GM

Friday, February 1, 2013

Emas....perak....ekonomi

Ada yang bertanya bagaimana krisis matawang 1997 boleh melanda Malaysia. Bagaimana Ringgit boleh jatuh merudum dan bagaimana ekonomi menjadi meleset.

Perkara asas yang perlu difahami adalah, turun naik nilai matawang kita berbanding matawang asing (katakan Dollar US) bergantung pada perdagangan antara negara kita dengan negara tersebut.

Untuk membeli barang kita, US perlu terlebih dahulu menukarkan USD dengan Ringgit. Begitu juga sebaliknya jika kita ingin membeli barangan US.

Kalau perdagangan kita surplus (lebihan) iaitu nilai eksport kita ke US lebih tinggi berbanding nilai import barang US ke negara kita, maka nilai Ringgit kita akan lebih mengukuh berbanding USD kerana permintaan Ringgit lebih tinggi berbanding penawaran Ringgit. Nilai Ringgit akan naik.

Pedagang watawang juga akan membeli Ringgit pada masa itu kerana meramalkan Ringgit akan terus meningkat pada masa akan datang. Jadi, mereka mahu buat untung mudah dengan cara sebegitu.

Sebagaimana anak dara yang cantik menawan, kalau dia letak nilai hantaran RM25 ribu pun tetap ada yang sudi masuk meminang. Tapi kalau ada spekulasi buruk misalnya tukang nujum bagitahu bahawa anak gadis itu tidak lagi dara, ataupun ada penyakit sawan dan saka yang bakal diwariskan pada anaknya nanti, maka nilai si gadis itu akan merosot dengan teruk. Letak nilai RM2 ribu pun belum tentu ada yang berkenan.

Begitulah yang berlaku pada Ringgit kita pada tahun 1997. Speculator matawang meramalkan Ringgit akan jatuh sebagaimana Bath Thailand. Maka, berbondong-bondonglah orang menjual semula Ringgit sehingga jumlah Ringgit di pasaran meningkat dengan mendadak. Apabila jumlah banyak, nilainya akan jatuh kerana Ringgit semakin tak laku.

Kejatuhan Ringgit menyebabkan barangan kita dijual dengan harga yang murah kepada negara asing. Para pelabur asing mula meninggalkan Malaysia kerana perusahaan mereka tidak lagi menguntungkan. Kilang ditutup dan ramai kehilangan kerja. Pengangguran meningkat dan kuasa beli rakyat jatuh merudum.

Inilah yang dinamakan kemelesetan ekonomi. 

Tuesday, January 22, 2013

Mengapa emas perak?

Mengapa perlu simpan emas atau perak secara fizikal jika di bandingkan dengan membuat akaun simpanan perak?

Jawapan nya mudah sahaja untuk penyimpana fizikal,
1) Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard
2) Mudah di bawa
3) Mudah di tunaikan
4) Mudah di perniagakan

Membuat akaun simpanan pula, anda akan hanya menerima buku sahaja.

Sunday, January 20, 2013

Apa itu legal tender?

Coin legal tender contohnya  ialah Emas yg dicetak Bank Negara Malaysia dan perth Mint dijamin oleh institusi Bank untuk buy back(belian balik) mengikut harga harian bank seperti Maybnk dan UOB bg Australian Kangaroo...mempunyai spread yg rendah 3.2% - 7% mengikut saiz :-

KIJANG EMAS
1oz = 31.1g
1/2oz = 15.5g
1/4oz = 7.7g

AUSTRALIAN KANGAROO
1oz
1/2oz
1/4oz
1/10
1/20

Bagi pelabur apabila berlaku kenaikan melonjak pd harga emas...anda boleh terus sahaja jual di bank tanpa menunggu masa yang lama. 

Sunday, January 13, 2013

Kenali produk dari perak.Mulakan dengan berat yg ringan

Selain 1 Dirham iaitu syiling dari logam perak seberat lebih kurang 4.25 gram yg berharga dalam lingkungan rm22-30 sahaja terdapat juga perak dari luar negara yang dibawa masuk ke negara ini dengan berat yang biasa ditemui iaitu 1 oz. 1oz bersamaan lebih kurang 31.1 gram dan boleh diperolehi dengan harga lingkungan rm100 ke 200 bergantung kepada kualiti, tahun keluaran, jenis, cukai dan sebagainya.